The Bridal Dress 2019: Elfira Loy
Baju kahwin Elfira Loy jadi buah mulut netizen?
Hangat kisah perkahwinan selebriti muda Elfira Loy yang berlangsung beberapa hari lalu. No! kalini I bukan nak sentuh tentang kegagalan pertunangan beliau yang lepas tapi I nak cerita dan korek kisah disebalik busana mewah perkahwinan pelakon dan pengacara cilik ini.
Baju Nikah
Mempunyai badan yang kecil dan molek, Elfira Loy tampak kemas dan tinggi secara illusi ketika mengenakan busana serba putih dari pereka fesyen terkenal Malaysia Rizman Ruzaini atau lebih dikenali dengan RR untuk majlis pernikahan beliau dan pasangan.
Topik hangat yang diperkatakan netizen adalah bahagian kolar busana tersebut kelihatan seperti karakter Mary Queen of Scots Movie dan ada yang lebih teruk disamakan dengan kolar baju si badut. OMG!
Rata- rata setuju baju ala jubah elfira ni lebih baik without the collar! Faham sis you muslimah tapi ada caranya nak tutup leher tu, pakai je tudung terus tak perlu nak berturban pastu cover dengan collar persis si badut tu.
Mengikut pendapat I, mungkin dibahagian kolar busana tu lebih sesuai dibuat dengan teknik ruffle lembut atau mungkin boleh remove je kolar tu daripada nampak seperti Pennywise karakter cerita hantu IT dengan teknik pleated yang sedemikian.
Kalau korang ingat I buat write up di IG story, pleated akan menjadi trend pada 2019, banyak fashion houses yang play with pleated technique seperti Dior dan Valentino.
Mungkin Rizman Ruzaini ingin mengangkat teknik pleated ni to the next level. Bukan pleated skirt tapi pleated collar untuk bridal. We'll see if this will be a trend?
Well hello Rizman Ruzaini!
Baju Resepsi Persandingan
Elfira Loy yang selalu tampil cantik mengenakan tudung bawal atau shawl ke mana-mana acara dan majlis. Tapi mungkin untuk majlis perkahwinan ni, El nak something different untuk tontonan semua orang.
Elfira Loy telah memilih untuk menyarungkan hijab ala pengantin negara Turkey sempena majlis resepsi persandingan beliau. Hmm Tahlah, for me so over the top! Bridal dress dah agak sarat siap ada the unneccessary ribbon dekat belakang dress dan ditambah pula dengan veil ruffle panjang yang menjadikan look tu sarat dan berat.
"Statement Ribbon" dibelakang dress El yang pada i unnecessary to be done. Thank you, Next!
Netizen sekali lagi tidak berpuas hati dengan tindakan Elfira yang memilih untuk mengenakan hijab dan veil panjang untuk majlis resepsi hari bahagianya. "Baju dah ons, tapi turban lapan tingkat" satu di antara banyak komen netizen. Seriously?
Apa pun, Elfira tampak manis dan cantik didalam persalinan kedua rekaan Rizman Ruzaini ini dengan menggunakan gabungan warna asas wanita lembut White and Pink. Eh! tiba-tiba teringat baju kawin Dato' Siti Nur Haliza.
Korang ni tak baik tau mengata Elfira! Jealous la tu.
Walau apa pun, selamat pengantin baharu buat Elfira dan pasangan. xx!
Comments
Post a Comment