5 Tips Make Up ON Point Untuk Hari Graduasi.



Be Pretty!

I percaya, hari graduasi adalah salah satu hari penting dalam hidup kita. Tak kira la graduasi masa tadika ke, sekolah ke, universiti ke. Confirm hari graduasi hari yang kita akan paling ingat. betul tak?

Kalau masa tadika dulu mak ayah kita la yang paling excited! Sampai je surat dari cikgu ada hari graduasi terus parents kita nak beli kasut sekolah baru la ada yang sampai tak bagi kita main lasak2 sebab nanti sakit tak dapat pergi bergambar untuk graduasi. MEMORIES!

Sama jugak time degree. Tapi kita yang terlebih excited. Yela 4-5 tahun belajar separuh mati; research kena reject, FYP kena buat balik. Sakit kot! Mestila kita excited nak konvo kan?! Parents kita pun excited jugak cuma dorang taknak tunjuk. So make them proud. Okay?

ATTENTION!

Since Hari Konvo adalah hari terpenting untuk graduan especially, girls! So, I nak share tips make up ON THE GO yang ONS untuk Hari Konvo korang. Enjoy!


1- The RIGHT Foundation.
My girl friends always have problem how to choose perfect shade untuk warna kulit dorang. I would say there is no perfect shade yang match our skin. Macam outfit jugak, boleh Mix & Match! Korang boleh main dgn texture and color foundation tu. As in campur dua color berbeza ataupun guna foundation yang a bit lighter than your skin pastu cover up with bedak yang darker than your skin. Vice Versa. There you go! you finally have a perfect color foundation. Siapa yang nak muka kelabu untuk gambar graduasi. kan?





2. Natural and 'No Make Up' Make-Up Look.
For me, Hari Konvo ni adalah masa untuk korang nampak sleek and bold but not too over-the-top! Innocent young lady is always a boy's dream. gituuu so always go for Natural look girls. Kulit orang Malaysia ni special  sebab kuning based. Yang putih pun masih kuning2 sebab tu ada sawo matang and yang gelap pun tak gelap sangat. So untuk kulit orang macam kita ni, untuk nampak natural bukan pakai blusher pink tapi Orange- beige based. Lagi ons dan natural mekap korang kalau korang pandai main dgn warm colors dari cold and pinkish ni. Korang nak ke dekat gambar nanti ada dua ketul bulat pink kat muka korang? lulz




3. Kening ON FLEEK!
Semua setuju kening is the crucial part dalam mekap! kan? Make Up is to enhance our beauty bukan untuk ubah identiti. I always believe in that. Tapi apa yang I nampak, girls selalu pakai mekap but their mekap did not do the work. Actually mekap cukup sekadar to enhance the crucial parts in our face. Contoh macam kening, bibir dan pipi. Kalau kening korang ON FLEEK, dari jauh orang dah assume korang pandai mekap tau! Ala korang tak payah pening nak fikir plucking ke apa sekarang ni macam- macam teknik ada untuk bagi kening korang ON FLEEK. Even Muslimah has a way to do it. Selamat Mencuba!




4. No Fake Lashes.
Bukannya nak cakap tak boleh tapi tidak digalakkan untuk korang pakai fake lashes masa hari konvo korang. Konvokesyen adalah hari yang sangat memenatkan. Probably korang akan start make up around pagi then bergambar lepastu kena masuk dewan and have to be there for hours approximately 3 hingga 4 jam. I boleh jamin, layu dah mata korang time tu! BERAT! Possibility untuk lashes tu tercabut tu sangat tinggi and korang akan mula tak selesa for sure! Lepastu nanti gambar atas stage masa nak amik scroll, mata korang kuyu dan nampak tertutup then korang salahkan abang photographer sedangkan mata korang dah penat nak carry fake lashes tu. So, think about it. Cukup sekadar volumanized your lashes dengan Voluminizer Mascara.



5. The Perfect Lipstick.
Gincu! Omg crucial sangat! Nak kena matching dengan tudung la. Not too bright not too dark laa urghh. Cannot decide? Korang pakai je lipstick yang korang rasa shade yang korang paling konfiden and rasa ons dengan korang. But remember, only ONE layer kalau dark shades sebab nanti takut muka korang too strong and fierce. Pakai je any kind of lipstick yang korang suka. But, jangan lupa lip gloss, lip balm or chapstick on top of it! Matte lipstick in air cond? No! nanti nampak merekah je bibir korang. Put at least lip balm to cover up and keep it mositurise. Baru la senyum korang nampak mahal dalam gambar konvo korang nanti!




Okay tu je from me. Kalau korang ada tips or beauty secrets lain nak kongsi dengan kitorang semua. Komen and share the link okay? Selamat Mencantik! xx

Comments

Popular Posts